Monday, May 20, 2013

Era bekerja sendiri

Era bekerja sendiri, itulah situasi terkini yang saya tengah aku lalui, terima kasih yang teramat sangat saya ucapkan dengan Faber kerana memberi pengalaman yang tidak boleh dijual beli. Sekarang saya menjadi rakan kongsi syarikat isteri yang telah beroperasi selama sedekat, baru saya tahu bertapa sibuknya bekerja sendiri. Syukur saya ucapkan kepada yang maha esa dengan adanya saya beban yang ditanggung oleh isteri saya sudah berkurangan tetapi saya masih banyak kelemahan dalam perniagaan ini namun saya akan menimba pengalaman ini dengan tunjuk ajar oleh isteri.....lawak plak bunyinya.

Selama 18 tahun saya berkerja memang susah nak bertukar arah yelah alam perniagaan amat berbeza dari kerja makan gaji, dulu cukup bulan dapat gaji tapi sekarang tak kerja tidak ada pendapatan. Kali ini saya kena ucapkan terima kasih kepada isteri saya kerana tidak jemu memberi tunjuk ajar dalam perniagaan ini.

Baik lah nanti saya akan berkongsi pula tentang perniagaan yang saya buat bersama isteri didalam post yang akan datang.

psu

No comments:

Post a Comment