Wednesday, December 16, 2015

Sedih

Kadang2 kita rasa gembira, kadang kita rasa sedih, tapi sekarang lebih kepada sedih. Tak tau mana silapnya, silap diri sendiri, ego lebih saya ni, entahlah.
Serabut tapi yg pasti saya mohom maaf kepada wanita yg melahirkan anak2 saya, wanita yg banyak bekorban untuk saya, yang tidak berkira dengan saya yang sanggup hidup dengan saya, yang tiada keyakinan diri ini, Ya Allah ampunilah dosa isteri ku.

Monday, August 24, 2015

RINGGIT PARAH

Nampaknya kena ada seseorang turun untuk naikan semula nilai RM.
Saya rasa teori ni mudah je... tapi selagi ada yg berdegil susahlah...hari ni dia turun percayalah nilai RM akan naik besok.

Tuesday, August 11, 2015

ISTIGHFAR

ISTIGHFAR, kunci kebahagiaan dan ketenangan... oleh itu sentiasalah ber:
استغفار، استغفر الله...
Pada suatu hari ada seorang lelaki mengadu kepada Hasan al-Basri mengenai langit tidak hujan. Hasan al-Basri lantas berkata kepadanya:
“Beristighfarlah kepada Allah.”

Selanjutnya seorang lelaki lain mengadu akan kemiskinan yang menimpanya. Hasan al-Basri lalu berkata kepadanya:
“Beristighfarlah kepada Allah.”

Kemudian datang seorang lelaki berkata : Isteri aku mandul, tidak dapat melahirkan anak. Hasan al-Basri lalu berkata kepadanya:
“Beristighfarlah kepada Allah”.

Berkata seseorang : Beberapa orang lelaki mendatangimu mengadu pelbagai jenis perkara tetapi kamu menyuruh mereka semua untuk membaca istighfar!

Hasan al-Basri menjawab: “ Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman:

Ertinya:
“Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun Niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Surah Nuh: ayat 10-12)

===================
Firman Allah swt :

“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang engkau (wahai Muhammad) ada di antara mereka dan Allah tidak akan menyeksa mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” [surah al-Anfaal : 33].

1. Allah menjelaskan nikmat keberadaan Nabi Muhammad :saw, sehinggakan azab secara umum dapat dicegah. Tidak seperti kaum-kaum lain yang Allah turunkan azab terus kepada mereka.

2. Istighfar dapat menyelamatkan manusia dari azab didunia dan diakhirat.

Maka, janganlah sekali-kali kita lupa beristighfar (memohon ampun) kepada Allah swt… Astaghfirullah…Astaghfirullah…. Astaghfirullah….

Dan jangan lupa bahawa anda merupakan orang yang mendapat ganjaran orang yang beristigfar disebabkan peringatan anda. Moga2 Allah mengampunku dan kamu, dan seluruh orang-orang Islam.

Monday, March 30, 2015

FAHAM KE BUAT-BUAT TAK FAHAM

Banyak perkara yang kadang kita faham orang lain tidak faham, kita tidak faham orang lain mungkin faham....jadi yang terok lagi kalau buat-buat faham..itu lagi bermasalah. Kalau tak faham cakap je tak faham senang kita nak bagi faham, malu kot kalau mengaku tak faham egolah katakan, tak kemana pun ego tu.