Thursday, March 26, 2009

Project Di Madinah Zayed

Lama dah tak update blog, sibuk sangat kot , ok la sekarang ni musim panas dah nak tib
bahang dia dah terasa, diorang kat sini cakap kalau betul2 musim panas kita tak boleh keluar dari rumah, tapi kat sini selepas zuhur kedai semua tutup, lepas asar baru la diorang bukak, mungkin cuaca kot, so kalau nak shoping dekat kedai biasa ni tak leh, lepas asar nanti baru bleh, ok saya nak cita skit pasal Madinat Zayed ni, kalau nak cerita sejarah senang je jawabnya =padang pasir la he he...., Kerajaan UAE ni nak maju kan sebab berdekatan dengan bandar ade telaga minyak, dan tempat ni pun macam lembah skit pokok2 bleh hidup, so jadi tempat ni bandar baru, nak kata bandar koboi tu tak jugak, banyak jugak kemudahan ade kat sini, boleh dikata jauh dari bandar besar macam tu la. Kadang2 bila duduk kat sini rasa macam duduk kat kampung ade jugak he he he..... Kebanyakan orang yg duduk kat sini orang arab Badawi, diorang ade kebun tamar, ade yg bela unta,kambing, ayam pun ade org bela kat sini, keja kat sini banyak cabaranya yg pertama sekali nak bercakap dengan orang local kat sini susah diorang bukan pandai cakap english, kadang macam itik dengan kambing he he.....kalau dengan ayam tu sejenis gak laaaaaa.
Office kitorang ni dalam kawasan perindustrian itu la satu2nya office yg ade rumput dekat halaman dan sentiasa dijaga, halaman tu jugak selalunya tempat lepak bangla, pakistan diorang buat rumput tu macam karpet, bergolek- atas rumput tu lawak gak tengok dioraang ni. Rumah kitaorang pun berdekatan je dengan office so pegi office jalan kaki. Duduk dekat Camp pekerja ni ok gak macam standart duduk condo nak tau kenapa? sewa dia je 1200.00 dirham sebulan, sebesar 150 kaki persegi nasib baik bilik mandi ade kat dalam. Sewa rumah kat sini memang mahal kalau rumah@ villa sampai 130k-190k setahun duduk kat danau Danau Villa pun tak cam tu punya mahal he he he. Office yg Co. sewa pun dah 45k untuk 6 bulan.
Kerja yg mula2 kitorang kena buat kat sini adelah kerja yg paling mencabar kalau kat Malaysia sure kitorang kena baling batu, kena parang ke, lepas tu FRU pun kena ade takut orang merusuh, kerja meruntuhkan masjid (sebenarnya surau je sebab diorang kat sini panggil mesjid) diorang kat sini suka buat mesjid(surau) bersepah2 la mesjid kat sini, so majlis agama islam diorang pun susah nak pantau mesjid2 ni dan kadang orang2 pendatang ni menyalah gunakan mesjid jadikan mesjid tempat tinggal diorang, mesjid ni pun diorang buat dari caravan (rumah mudah alih) ala macam kontena tu la. So islamic affair diorang pun memberi arahan kepada pihak berkuasa tempatan (western region minicpulity)WRM macam DBKL jugak la supaya robohkan mesjid ni dan kitorang ni pulak Kontraktor WRM so kena la buat, yg letih dan pening Asfizal la he he he.....sebab dia yg in charge wat keja tu dan di bantu seorang staff arab (FMS).



Ini gambar salah satu mesjid yg telah dialihkan(robohkan)







Ni kerja2 nak alih kan naik atas trailer (itu pokok tamar tu bukan kelapa sawit)



Ini dekat tempat pengumpulan caravan (mesjid)

Kadang2 kitorang pun turun padang gak tolong Asfizal

Contohnya Brade ni, ni tengah wat keja tuuu.




Huh penat tul brade tu cakap, macam la dia angkat caravan tu padahal crane tu yg angkat.




Sunday, March 8, 2009

Dari Madinat Zayed Ke Oman

Ini plak kat sempadan Oman brader ni cakap gambar ni khas untuk yg tersayang (ehem2)


Cantik tak itu pokok Tamar Yg sedang berbunga (wangi)





Ini pulak masa nak perjalanan nak ke Oman di jalan Dubai Oman

Gambar ni masa matahari nak naik masa dalam perjalan ke Abu Dhabi













Perjalan dari Madinat Zayed ke Oman sejauah 400 km amat memenatkan tapi berbaloi





sepanjang melalui Abu Dhabi ,Dubai dan seterusnya Oman (Sempadan je) tak sampai pun kebandar dia , sebab diorang ni kena cop passport nak sambung visa melawat selama 30 hari lagi, walaupun saya masih lagi seminggu tapi En Yusuf sibuk mengajak ikut sekali, ape lagi join laaaa, Saya ,Asafizal, Rosli dan En Yusuf kite org berlima je, sebab Mail,Koyak dan Man tak sama





tempat bekerja so diorang tak join la. So nak tulis Banyak2 ni malas laaaaaaaaaaa nanti cita lagi





macam mana kitorang bekerja kat Madinat Zayed ni.





psu.

Sunday, March 1, 2009

Abu Dhabi-Pengalaman










Akhirnya keputusan telah dibuat, saya dan rakan-rakan yang lain akan confirm berangkat ke Abu Dhabi, penantian satu penyeksaan. Untuk permulaan saya rasa tak perlu lah saya nak tulis banyak sebab masih baru lagi di sini, nanti akan datang saya buat cita banyak skit ok la,




Cuma saya akan masukkan sedikit gambar-gambar terbaru.








Psu